Sebenarnya, peluang pekerjaan dalam bidang STEM meningkat - Jobstreet
Hafiz Marzukhi
November 1, 2017 17:17 MYT
November 1, 2017 17:17 MYT
Anggapan sesetengah pihak kononnya kurangnya prospek kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah tidak benar.
Malah, statistik dari kaji selidik dilakukan agensi pekerjaan Jobstreet.com (Jobstreet) menunjukkan terdapat peningkatan tawaran pekerjaan berkaitannya sebanyak lima peratus dari tahun ke tahun antara 2016 dan 2017.
Namun begitu, Pengurus Negara Jobstreet, Chook Yuh Yng memaklumkan, terdapat lebih peluang pekerjaan di dalam bidang teknologi dan kejuruteraan berbanding bidang Sains dan Matematik di negara ini.
"Secara keseluruhannya, memang ada peningkatan dalam peluang pekerjaan berkaitan STEM.
"Walau bagaimanapun, jika dibandingkan peningkatan tersebut, terdapat lebih banyak peningkatan dalam bidang Teknologi dan Kejuruteraan, berbanding Sains dan Matematik," kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Pada awal tahun ini, Jobstreet memaklumkan permintaan untuk pekerja baharu kekal positif dalam kalangan syarikat di Malaysia walaupun ketika pasaran pekerjaan dalam negara berhadapan persekitaran yang mencabar.
#Chook Yuh Yng
#JobStreet com
#kejuruteraan
#Matematik
#Sains
#Sijil Pelajaran Malaysia
#STEM
#teknologi