KOTA KINABALU: Sebanyak RM696.3 juta peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah disalurkan kepada 799,782 penerima di Sabah setakat ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pembayaran STR terkini adalah pada Fasa 3 iaitu 26 Jun hingga 5 Julai lepas yang disalurkan terus ke akaun bank penerima, manakala yang tidak mempunyai akaun bank boleh mengambil bantuan itu di Bank Simpanan Nasional hingga 31 Dis ini.
"Bagi memastikan STR ini juga dapat disampaikan kepada penerima khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, kerajaan akan melaksanakan program penunaian di lapangan yang melibatkan daerah-daerah yang berkaitan di negeri Sabah bermula 3 Ogos sehingga pertengahan September ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Jannie Lasimbang (DAP-Kapayan) berkenaan jumlah penerima STR di Sabah setakat tahun ini dan sebab-sebab bagi pemohon yang gagal mendapatkan bantuan berkenaan.
Hajiji berkata antara sebab permohonan tidak diluluskan adalah kerana tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti pemohon mempunyai pendapatan melebihi RM5,000 sebulan bagi isi rumah serta warga emas tiada pasangan, dan melebihi RM2,500 bagi individu bujang.
"Selain itu, kegagalan pemohon untuk mengemukakan dokumen yang menunjukkan status perkahwinan atau perceraian dan tidak melepasi syarat individu bujang dan berstatus pelajar sepenuh masa (juga punca permohonan ditolak)," katanya.
Sementara itu, Hajiji berkata jumlah penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Sabah adalah sebanyak 35,461 orang dengan peruntukan kewangan berjumlah RM21.27 juta.
Beliau berkata bantuan RM600 itu disalurkan kepada isi rumah penerima STR yang tersenarai sebagai miskin tegar mengikut data eKasih setakat 28 Feb 2023.
Katanya penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima bayaran sebanyak RM600 dan dikreditkan sekali gus ke akaun bank penerima atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara bermula semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Hajiji berbincang sesuatu dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN Kundasang Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (kiri) sebelum bermula Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan DUN hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
Penjimatan subsidi diesel dikembalikan kepada rakyat melalui STR, pengangkutan awam - PM
Langkah itu memberikan penjimatan RM4 bilion setahun dan pelaksanaannya telah melalui penelitian rapi di pelbagai peringkat.
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Fahmi ingatkan penjawat awam, penerima STR tidak terperdaya penipuan dalam talian
"Saya pohon dari kalbu saya, tolong berhati-hati dan jangan jadi mangsa penipuan (scammer)."
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 mulai Rabu ini
Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 melibatkan bayaran RM100 sehingga RM650 yang akan dikreditkan mulai Rabu ini.
Penerima manfaat STR beli keperluan harian sempena promosi perayaan
Promosi oleh pasar raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina dimanfaatkan pengguna membeli barangan keperluan harian terutama mereka yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
STR ringankan beban perbelanjaan harian golongan kurang berkemampuan
Penerima STR menyifatkan sumbangan itu dapat meringankan beban perbelanjaan keperluan harian mereka dalam situasi kos sara hidup masa kini.
Peningkatan bayaran STR diharap ringankan beban rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap peningkatan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ketara pada tahun ini dapat meringankan beban rakyat.
Pembayaran STR Fasa 1 bermula Isnin ini, manfaat 8.2 juta penerima - MoF
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima akan bermula Isnin ini (29 Jan).
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4 mulai 7 Nov ini
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, iaitu pembayaran akhir bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai 7 Nov ini dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion.