SHAH ALAM:Sebanyak 36 kawasan perumahan di mukim Klang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang akan mula dikuatkuasakan mulai tengah malam tadi sehingga 23 Okt depan.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kawasan berkenaan adalah Bandar Bukit Tinggi, Kampung Johan Setia, Kampung Bukit Naga, Kampung Perigi Nenas, Kampung Kuantan, Kampung Serdang, Bandar Puteri, Kampung Sungai Kandis, Taman Sri Andalas, Lorong Sungai Udang, Taman Suria, Mutiara Bukit Raja dan Bandar Klang.
"Turut terlibat, Pangsapuri Bukit Kuda, Ken, Rimba Jimbaran, Pangsapuri Palm Garden, Taman Andalas Permai, Taman Desa Meru, Taman Seri Lembayung, Taman Gembira, Kampung Delek Kiri, Taman Kim Batu Belah dan Kampung Sungai Udang.
"Taman Klang Perdana, Taman Bayu Perdana, Taman Klang Utama, Taman Sentosa, Taman Pendamar Indah, Jalan Dato Dagang, Taman Sejati, Jalan Haji Tarmizi, Taman Setia, Jalan Kebun, Taman Sri Muda, Jalan Muhibbah dan Taman Tenaga Bakti turut terlibat," katanya dalam satu kenyataan.
Amirudin berkata, semasa tempoh berkenaan restoran, kedai makan, gerai makan, kedai runcit, serbaneka serta warung, hanya dibenarkan beroperasi bermula pada pukul 6 pagi hingga 10.00 malam.
"Pembelian makanan digalakkan menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran dan bungkus sahaja, makan di premis tidak dibenarkan, waktu operasi stesen minyak pula adalah antara pukul 6 pagi hingga pukul 11 malam," katanya.
Beliau berkata pasar borong hanya dibenarkan beroperasi pada pukul 4 pagi sehingga pukul 2 petang manakala pasar biasa mulai pukul 6 pagi sehingga pukul 2 petang, pasar tani dibenarkan beroperasi mulai pukul 6 pagi sehingga pukul 12 tengah hari dan pasar malam tidak dibenarkan dalam tempoh ini.
"Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam, manakala Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai pukul 8 pagi hingga pukul 11 malam, pengangkutan awam seperti bas, teksi serta e-hailing dibenarkan beroperasi bermula pukul 6 sehingga 12 tengah malam," katanya.
Beliau berkata adalah dinasihatkan hanya ketua keluarga sahaja yang keluar dari rumah, bagi tujuan mendapatkan bekalan keperluan dan individu yang berisiko tinggi tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.
Amirudin berkata, sektor pendidikan, aktiviti sukan dan rumah agama antaranya seperti masjid, surau, rumah ibadat bukan islam, institut pengajian tinggi awam dan swasta, institut latihan kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz, pusat jagaan kanak-kanak, taman awam, pusat rekreasi adalah ditutup dan tidak dibenarkan selama tempoh berkenaan.
"Sebarang perkembangan berdasarkan kes COVID-19 di daerah ini akan diteliti dari semasa ke semasa dan kerjasama utuh antara industri, komuniti dan kerajaan, amat perlu untuk kita memotong rangkaian jangkitan ataupun 'melandaikan lengkongan virus ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 08 2020
Kelihatan penduduk di sekitar Pekan Meru, Klang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka bagi mengelak penularan COVID-19 ketika tinjauan. -Bernama
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
PKPB Mukim Klang: Sekatan jalan raya terus diperhebat
Sekatan jalan raya terus dipertingkatkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) di Mukim Klang.
Maklumat mengenai 13 menteri disahkan positif COVID-19 adalah palsu - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan bahawa maklumat mengenai 13 menteri Kabinet didapati positif COVID-19, adalah berita palsu.