Sebahagian besar kes di Sabah, ini lima perkara penting sidang media KP Kesihatan

Umavathi Ramayah
Oktober 14, 2020 10:15 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kluster baharu dikesan di Hulu Langat, Petaling, Klang dan Gombak di Selangor. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Sejumlah 660 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dua hari berturut-turut dengan hampir 65 peratus daripadanya membabitkan jangkitan di Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes mencecah 17,540 dengan 5,768 kes aktif.
Berikut adalah lima perkara penting dalam sidang media Dr Noor Hisham hari ini.
1. Sebanyak 660 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 17,540 kes.
2. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,768 kes.
3. Satu kluster baharu, Kluster Kencana dikesan melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.
4. Sebanyak 108 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 35 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
5. Empat kes kematian dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari Rabu, menjadikan jumlah kematian 167 kes.
#COVID-19 #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #lima perkara #jumlah kematian #Kluster Kencana