'Sebagai bekas mangsa, tidak wajar serbuan di kediaman Najib Razak dibuat awal pagi' - Nurul Izzah

Astro Awani
Mei 17, 2018 08:49 MYT
Nurul Izzah menzahirkan kekesalan terhadap tindakan PDRM. - Gambar fail

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim menerusiTwitter terbaharunya menzahirkan kekesalan berhubung tindakan polis menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lewat malam tadi.

Nurul Izzah berkata sebagai bekas mangsa serbuan yang berlaku pada dinihari suatu ketika dahulu, beliau membantah tindakan PDRM menjalankan operasi di kediaman milik figura politik itu pada waktu sebegitu. Setakat ini, kediaman Najib dilaporkan sedang digeledah oleh pihak polis.
Menurut anak sulung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, prinsip keadilan dan dan berhikmah pihak polis haruslah sentiasa diguna pakai.
Tegas Nurul Izzah, sewajarnya, pihak PDRM perlu 'dakwa, siasat secara berhemah."

As former victims of early dawn police raids, I must stress my disagreement in ransacking any home at such an ungodly hour. Charge, investigate, prudently. Prinsip keadilan & berhikmah sentiasa terpakai @PDRMsia https://t.co/vnl17mmwqm

— Nurul Izzah (@n_izzah) May 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada tahun 1998, sepasukan anggota polis berpakaian anggota komando telah menyerbu kediaman Anwar Ibrahim di Bukit Damansara, Petaling Jaya dan menjalankan operasi mereka pada awal pagi.
Nurul Izzah seolah-olah mengulang memori yang terjadi 16 tahun dahulu apabila kediaman Anwar di Bukit Damansara, Petaling Jaya diserbu anggota polis dan menjadi tumpuan orang ramai sehingga tercetusnya gerakan reformasi.
#Anwar Ibrahim #mangsa #menteri #Najib Razak #Nurul Izzah Anwar #PDRM #Perdana Menteri #PKR #polis #politik #Twitter