SDAR, MCKK juara bahas PPM ke-46

Wan Syamsul Amly
Ogos 4, 2019 13:10 MYT
Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR), Seremban hari ini muncul juara Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) ke-46 kategori Bahasa Melayu. - Foto Astro AWANI
Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban hari ini muncul juara Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) ke-46 kategori Bahasa Melayu dengan mengalahkan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS).
Sementara bagi kategori Bahasa Inggeris, The Malay College Kuala Kangsar, Kuala Kangsar (MCKK) muncul juara selepas mengalahkan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang.
Kedua-dua sekolah yang menjadi juara menerima hadiah wang tunai RM3,000 bersama piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.
Pembahas terbaik untuk Bahasa Melayu diumum milik pembahas SDAR, Muhammad 'Izzat Haziq Mohd Isa.
Sementara pembahas daripada KISAS, Ahmad Luqman Mohd Noor diumum pembahas terbaik untuk kategori Bahasa Inggeris.

Bagi kategori Bahasa Inggeris PPM. The Malay College Kuala Kangsar, Kuala Kangsar (MCKK) muncul juara selepas mengalahkan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang. @501Awani pic.twitter.com/mWKzA3xXoa

— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) August 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mereka berdua membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM500.
Hadiah disampaikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Isu yang dibahaskan kedua-dua kategori bahasa adalah berkisar perang dagang China dan Amerika Syarikat (AS)
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri ke-46 tahun 2019 anjuran Bahagian Pengurusan Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia membabitkan 69 buah Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Tentera Diraja.
Bahas Piala Perdana Menteri memberi fokus melahirkan pembahas berkualiti tinggi yang mempunyai karakter pemimpin berkelas dunia seperti berilmu, berdaya saing, berdaya juang,
Ia sekali gus usaha melahirkan pelajar sekolah berasrama penuh yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi, mempunyai nilai dan kemuncaknya adalah menjadi pemimpin yang sentiasa berpaksikan sifat ihsan tinggi.
Bahas PPM merupakan satu format perbahasan bercirikan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mengambil kira proses indoktrinasi roh dan semangat SBP kepada guru-guru dan murid-murid supaya proses membentuk karakter pemimpin dalam kalangan murid SBP dapat direalisasikan.
Ia juga usaha melahirkan pembahas-pembahas yang berkemahiran mengutarakan hujah yang bernas dan disokong bukti-bukti konkrit secara berhemah, bahasa terpilih dan sopan serta nada berbahas yang bersahaja.
Pertandingan ini asalnya bermula di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1974 bagi memenuhi hasrat Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein untuk melahirkan bakat pemimpin yang dinamis, cerdas dan bijaksana dari SBP melalui pidato bahasa Melayu dan Inggeris dengan penyertaan pertama pada tahun berkenaan adalah daripada 10 buah SBP.
#Ahmad Luqman Mohd Noor #kisas #Malay College Kuala Kangsar #MCKK #Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri #PPM #SAS #SDAR #Sekolah Dato Abdul Razak #Sekolah Sultan Alam Shah
;