Scammer pelaburan didalang warga UK, 10 suspek ditahan reman
Astro Awani
Februari 22, 2023 19:05 MYT
Februari 22, 2023 19:05 MYT
PUTRAJAYA: Seramai 10 individu ditahan reman selama enam hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung sindiket scammer pelaburan dikenali Op Tropicana.
Kesemua suspek iaitu tujuh lelaki dan tiga wanita yang ditahan reman itu masing-masing lima warga United Kingdom (UK), dua Filipina dan tiga warga tempatan.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor di Mahkamah Majistret Putrajaya sehingga 27 Februari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebelum ini, SPRM membongkar satu sindiket scammer pelaburan yang didalangi oleh warga United Kingdom (UK) bersama beberapa negara lain kerana turut terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram serta rasuah.
Operasi yang dinamakan sebagai Op Tropicana itu adalah kerjasama SPRM bersama Jabatan Imigresen Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), CyberSecurity Malaysia, Telekom Malaysia (TM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Kejayaan membongkar sindiket itu dibuat hasil risikan dengan kerjasama antara agensi di Australia serta beberapa negara luar, juga dibuat oleh Bahagian AML, SPRM.
Sumber berkata, reman sejumlah individu OKT hari ini adalah membantu dalam siasatan berhubung sindiket yang terdiri daripada warga Australia, Britain, Afrika Selatan dan Filipina.
Katanya, mereka dipercayai menipu mangsa yang terdiri daripada warga Australia dan Britain dengan memperdaya mereka untuk membuat pelaburan yang tidak wujud.
"Seramai lebih kurang 164 orang pegawai daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi besar-besaran yang ketuai oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM semalam.
“Sebanyak 24 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah diserbu termasuk tiga pusat panggilan atau ‘Boiler Room’ sindiket tersebut iaitu dua di Kuala Lumpur manakala satu lagi di Pulau Pinang,” katanya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membongkar satu sindiket 'scammer pelaburan' yang didalangi oleh warga United Kingdom (UK) bersama beberapa negara lain kerana turut terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram serta rasuah.
Operasi yang dinamakan sebagai Op Tropicana ini merupakan kerjasama SPRM bersama Jabatan Imigresen Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, CyberSecurity Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Risikan dengan kerjasama antara agensi di Australia serta beberapa negara luar, juga dibuat oleh Bahagian AML, SPRM.
Reman sejumlah individu OKT hari ini adalah untuk membantu dalam siasatan berhubung sindiket yang terdiri daripada warga Australia, Britain, Afrika Selatan dan Filipina. Mereka dipercayai telah menipu mangsa yang terdiri daripada warga Australia dan Britain dengan memperdaya mereka untuk membuat pelaburan yang tidak wujud.
Seramai lebih kurang 164 orang pegawai daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi besar-besaran yang ketuai oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM semalam. Sebanyak 24 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah diserbu termasuk tiga pusat panggilan atau 'Boiler Room' sindiket tersebut iaitu dua di Kuala Lumpur manakala satu lagi di Pulau Pinang.