SC mohon bantuan awam kesan bekas perunding unit amanah
Bernama
Jun 8, 2021 12:33 MYT
Jun 8, 2021 12:33 MYT
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memohon maklumat daripada orang ramai untuk mengesan Harani Kamarudin, bekas perunding unit amanah yang disyaki melakukan beberapa salah laku berkaitan pelaburan unit amanah.
Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata pendaftaran Harani, 37, dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) telah dibatalkan pada 27 Nov, 2020, dan beliau pernah berkhidmat dengan Eastspring Investments Berhad sebagai perunding unit amanah.
"SC sedang mengesan Harani berkaitan pelanggaran undang-undang sekuriti di bawah Seksyen 354 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang dibaca bersama dengan Perenggan 3.3.7 (a) dan 3.1.12 (d) Kod Etika dan Peraturan FIMM Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah)," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Harani adalah diminta melaporkan kepada SC dengan menghubungi talian 03-6204 8000 / 012 381 2497 atau e-mel kepada aduan@seccom.com.my.
-- BERNAMA
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
#SC
#Harani Kamarudi
#Malaysia
#bekas perunding unit amanah
#unit amanah