SC lantik dua Pengarah Urusan baharu

Kenyataan Media
Januari 3, 2023 18:58 MYT
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pelantikan Kamarudin Hashim dan Datin Azalina Adham sebagai Pengarah Urusan baharunya, berkuat kuasa 1 Januari 2023.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pelantikan Kamarudin Hashim dan Datin Azalina Adham sebagai Pengarah Urusan baharunya, berkuat kuasa 1 Januari 2023.
SC juga mengumumkan bahawa Timbalan Ketua Eksekutif Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin akan meletakkan jawatan pada 11 Januari 2023 bagi meneruskan kepentingan lain. Beliau telah memaklumkan perkara tersebut pada Lembaga SC pada bulan Oktober 2022 yang lalu.
Sebagai Pengarah Urusan, Kamarudin dan Datin Azalina akan membantu Pengerusi SC dalam menetapkan hala tuju strategik secara menyeluruh bagi pasaran modal Malaysia dan mentadbir dua mandat SC iaitu pembangunan dan pengawalseliaan pasaran modal.
Tambahan, kedua-dua mereka akan kekal menyelia portfolio masing-masing dalam Penyeliaan Pasaran dan Korporat; serta Strategi dan Dasar.
Pengerusi SC mengucapkan terima kasih kepada Datuk Zainal Izlan atas perkhidmatan cemerlangnya dan mengiktiraf sumbangan besar beliau kepada pembangunan pasaran modal.
“Datuk Zainal Izlan telah membantu menerajui pertumbuhan Pasaran Modal Islam, dan agenda Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) SC, baik di Malaysia mahupun di luar negara,” kata Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin. “Bagi pihak Lembaga Pengarah dan kakitangan SC, saya mendoakan yang terbaik dalam segala urusan hadapan beliau.”
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia #Pengarah Urusan baharu SC #kamarudin hashim #Azalina Adham
;