SC kemas kini senarai peringatan pelabur, tambah 5 entiti klon berpotensi, 2 laman web tanpa kebenaran
Bernama
Julai 18, 2023 20:37 MYT
Julai 18, 2023 20:37 MYT
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengemas kini Senarai Peringatan Pelaburnya dengan memasukkan lima entiti klon berpotensi dan dua laman web tanpa kebenaran.
Pengawal selia itu menerusi hantaran terbaharu di laman media sosialnya berkata entiti klon berpotensi itu ialah W I A Invest (615), HSBC Bank Investment 24, Tengku Idris FX, uobtrade dan Infinity Prosper Sdn Bhd.
Manakala dua laman web tanpa kebenaran ialah Tung Tak (https://www.ttstocks.com/#/) dan Malaysia Money Changer (https://t.me/+46oCuyTg0tQxODY1).
"Sentiasa semak dahulu sebelum melabur," kata SC.
Butiran terperinci mengenai perkara itu boleh didapatkan di laman web rasmi SC di www.sc.com.my/investor-alert.
-- BERNAMA