SC arah penganjur henti aktiviti promosi LaVida Coin

Bernama
September 5, 2018 22:44 MYT
DSV Crypto Club, LUX Galaxies dan VI Profit Galaxy, yang didapati mempromosikan LaVida Coin, turut dimasukkan dalam Senarai Amaran Pelabur SC.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan notis mengarahkan penganjur Lavidacoin untuk menghentikan semua aktiviti promosi berkaitan LaVida Coin berkuat kuasa serta-merta, sementara menunggu semakan lanjut oleh pengawal selia itu berhubung perkara tersebut.
"Pelabur diingatkan berhati-hati dan mengambil langkah wajar sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan, terutamanya yang melibatkan mata wang kripto dan token digital," menurut SC dalam kenyataan hari ini.
Katanya DSV Crypto Club, LUX Galaxies dan VI Profit Galaxy, yang didapati mempromosikan LaVida Coin, turut dimasukkan dalam Senarai Amaran Pelabur SC yang dipaparkan di www.sc.com.my.
Mata wang kripto itu dilancarkan oleh ratu kosmetik Datuk Seri Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida. -- Bernama
#Datuk Seri Vida #DSV Crypto Club #lavida coin #LUX Galaxies #suruhanjaya sekuriti #VI Profit Galaxy
;