‘Saya warisi 24 projek sakit PR1MA, rasa nak pengsan’ - Kor Ming
Ridauddin Daud
Oktober 31, 2023 18:49 MYT
Oktober 31, 2023 18:49 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini menjelaskan beliau mewarisi 24 projek sakit melibatkan PR1MA ketika mula bertugas sebagai Menteri di kementerian tersebut.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, tahun ini KPKT berjaya selesaikan 17 projek sakit dan tahun depan, semua projek sakit itu akan diselesaikan.
Berucap pada Penggulungan Penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Selasa, beliau turut berkongsikan jumlah projek PR1MA yang ada.
“Sehingga 15 Oktober, 2023, PR1MA telah membina sebanyak 35,454 unit rumah mampu milik manakala 14,427 unit dalam pembinaan dan 3,765 unit dalam perancangan di seluruh negara.
“Untuk makluman Yang Berhormat, apabila saya diberikan amanah untuk menjaga KPKT, saya telah mewarisi 24 projek sakit PR1MA ... sampai saya nak pengsan.
“Tapi sukacita dimaklumkan, hari ini saya bersama pasukan KPKT tleah selesaikan 17 projek sakit.
“Tahun depan semua 24 peojek sakit akan diselesaikan dengan rumah siap dibina dan kunci diserahkan kepada pembeli,” tambahnya.