KEPALA BATAS: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk mengkhianati bangsa Melayu dan agama Islam.
Katanya beliau juga tidak pernah memandang rendah orang Melayu dan agama Islam hanya kerana menyokong Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
"Lapan bulan saya tanya di Parlimen, apa saya buat yang (dianggap) mengkhianati Melayu dan Islam?
"Adakah sebab saya sokong Ketua Menteri Pulau Pinang? Saya tak khianat tapi saya terima kenyataan politik dan realiti. Saya mahu negara ini aman.
"Di semua negeri lain, orang Melayu dan Islam yang pegang jawatan utama seperti Yang di-Pertuan Agong, Menteri Kewangan, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Gabenor Bank Negara," katanya ketika menyampaikan ucapan penutup Program Seminar Malaysia MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang hari ini.
Turut hadir Chow, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II Profesor Dr P Ramasamy dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Mohd Sayuthi Bakar.
Perdana Menteri turut menasihati orang ramai agar tidak mengizinkan permusuhan kaum berlaku sehingga menyebabkan keharmonian dan keamanan negara runtuh.
"Saya lalui pasang surut derita yang panjang, kalau rasa apa yang saya lakukan tidak cukup, lama-kelamaan saya akan perbaiki.
"Bukannya saya kata Anwar jadi Perdana Menteri, semuanya sempurna... tidak, banyak masalah.
"Tapi saya tidak bersedia untuk bertolak ansur bagi mengkhianati amanah, mencuri wang negara dan mengizinkan rasuah berterusan di negara kita," katanya.
Anwar juga berkata satu perkara yang tidak boleh dipertikai mengenai pentadbirannya ialah beliau tidak menyalahgunakan kuasa sebagai Perdana Menteri untuk mencuri duit negara, menzalimi rakyat atau memperkecil-kecilkan bangsa Melayu dan agama Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
ANWAR: Adakah sebab saya sokong Ketua Menteri Pulau Pinang? Saya tak khianat tapi saya terima kenyataan politik dan realiti. Saya mahu negara ini aman. -Bernama
Mesir sedia jadi tuan rumah persidangan antarabangsa untuk pembinaan semua Gaza
Mesir menyatakan kesediaannya untuk menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza.
Politik Korea Selatan: Yoon Suk Yeol tidak hadir di mahkamah untuk pendakwaan
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan menangguhkan sesi pembukaan perbicaraan pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol pada Selasa, hanya beberapa minit selepas bermula, apabila Yoon tidak hadir ke mahkamah.
Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan
Pasukan bomba pada Selasa berjaya mengawal dua kebakaran besar yang telah memusnahkan sebahagian kawasan Los Angeles selama seminggu.
Kekejaman zionis: Gencatan senjata Gaza hampir dimeterai
Rundingan antara pihak bertelagah di Gaza dan para perantara terus berjalan pada Selasa untuk memuktamadkan perincian perjanjian gencatan senjata selepas perbincangan maraton di Qatar.
Kekejaman zionis: Blinken bentang pelan pasca perang Gaza, serah kepada Trump
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, telah membentangkan rancangan untuk pengurusan Gaza selepas perang, pada Selasa.
China akan ambil tindakan lindungi kepentingan daripada sekatan AI AS
China dengan tegas menentang sekatan AS terhadap eksport AI dan akan mengambil tindakan tegas untuk melindungi hak sah syarikat China.
Perancis alu-alukan inisiatif baharu Malaysia di bawah kepengerusian ASEAN
Perancis mengalu-alukan kemajuan dan inisiatif baharu Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Sunway Property umum pelantikan Chung Soo Kiong sebagai Pengarah Urusan baharu
Sunway Property, cabang hartanah Sunway Group, mengumumkan pelantikan Chung Soo Kiong sebagai Pengarah Urusan baharu mereka.
Kuasa pengampunan Agong tiada had - Haniff Khatri
Kuasa mutlak pengampunan sudah wujud di tangan Sultan dan Raja-Raja Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kata peguam Haniff Khatri.
Kedudukan unik Malaysia bantu rangka dasar ekonomi komprehensif, mampan
Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa.
Perancis alu-alukan inisiatif baharu Malaysia di bawah kepengerusian ASEAN
Perancis mengalu-alukan kemajuan dan inisiatif baharu Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Kedudukan unik Malaysia bantu rangka dasar ekonomi komprehensif, mampan
Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.
MY-UAE CEPA tingkat akses pasaran, kurangkan tarif perdagangan – PM
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala.
Lawatan kerja PM: Malaysia-UAE meterai perjanjian perdagangan bebas
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA).
Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.
Lawatan kerja ke UK: PM bakal adakan pertemuan dengan Keir Starmer
Anwar dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri UK, Keir Starmer di No. 10, Downing Street pada 15 Januari.
Malaysia bakal terima pelaburan jangka panjang susulan lawatan kerja Perdana Menteri ke UAE
Anwar berkata sinergi padu antara Malaysia dan ADIA menjelmakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.
Lawatan kerja PM ke UK, wadah terbaik ketengah dasar luar Malaysia - Pesuruhjaya Tinggi
Ia terutama melibatkan pendirian negara terhadap isu-isu serantau dan global, serta tumpuan Malaysia sempena Kepengerusian ASEAN 2025.