Seorang perunding memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak dikelirukan oleh Datuk Rizal Mansor, semasa bekas pembantu Datin Rosmah Mansor itu meminta beliau menyediakan perjanjian perundingan bagi projek tenaga solar hibrid untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.
Dalam pemeriksaan balas oleh peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh, perunding berkenaan Tee Kien Moon, 51, yang juga dikenali sebagai Lawrence berkata tingkah laku Rizal nampak konsisten sejak dari mula, semasa Rizal meminta beliau (Tee) menyediakan perjanjian itu.
Jagjit: Adakah anda setuju atau tidak dengan cadangan saya, bahawa berdasarkan kepada bukti di mahkamah, anda telah dikelirukan oleh Rizal berhubung peranan anda, berdasarkan kepada persepsi bahawa Rizal ketika itu adalah pegawai khas kepada Datin Seri Rosmah Mansor.
Tee: Tidak, saya rasa saya tidak dikelirukan, tingkah lakunya (Rizal) adalah konsisten sejak dari mula kami berjumpa.
Jagjit: Saya cadangkan kepada anda bahawa dia (Rizal) secara konsisten telah mengelirukan anda.
Tee: Saya keliru.
Jagjit: Saya cadangkan kepada anda bahawa dia (Rizal) tidak konsisten, dia secara konsistennya tidak konsisten. Jadi, jangan berikan justifikasi untuk dia.
Tee: Saya tidak tahu.
Saksi pendakwaan ke-20 itu bagaimanapun berkata beliau tidak pasti sama ada Rosmah memainkan peranan dalam mengarahkan penyediaan perjanjian itu.
Tee berkata demikian semasa memberi keterangan dalam perbicaraan Rosmah, 68, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berdepan dengan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.
Suapan itu didakwa diterima menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Dalam keterangannya semalam, Tee yang dilantik sebagai perunding bagi sebuah syarikat di Vietnam pada tahun 2016, memberitahu mahkamah bahawa dia dimaklumkan oleh Rizal pada Mei 2016 bahawa dia perlu menyediakan satu perjanjian perundingan bagi projek membekal dan memasang panel solar kepada lebih 300 sekolah di Sarawak.
Saksi itu berkata Rizal memberitahunya bahawa dia (Tee) perlu menyediakan perjanjian perundingan kerana ‘Mem', yang kemudiannya disahkan sebagai Rosmah, mahukan dia berbuat demikian, dan beliau memenuhi permintaan Rizal itu, kerana Rizal adalah pegawai khas Rosmah.
Menjawab soalan timbalan pendakwa raya Datuk Seri Gopal Sri Ram semasa pemeriksaan balas, sama ada beliau menerima pembayaran daripada perjanjian yang disediakannya, Tee yang juga seorang ahli perniagaan berkata beliau tidak menerima sebarang pembayaran.
Sri Ram: Adakah anda menerima wang dari urusan berkenaan, dari segi di mana anda membuat perjanjian itu?”
Tee: Tidak, satu sen pun tidak.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok, dengan Rizal dijangka memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 08 2020
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi sambung perbicaraan kesnya berhubung projek solar hibrid di sekolah luar bandar Sarawak. - BERNAMA
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Dagangan saham Sarawak Cable digantung mulai 18 Nov sementara tunggu keputusan mahkamah
Penggantungan itu akan ditarik balik jika mahkamah tidak memberikan perintah pengurusan kehakiman pada perbicaraan pada 20 November ini.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pegawai polis langgar pelajar: Pasukan pembelaan baharu, bicara ditangguh
Peguam M Athimulan dalam permohonannya berkata, mereka secara rasmi mewakili tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, mulai pagi ini.
Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib
Najib didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjawat jawatan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.