"Saya tidak bersendirian" - Tun M
Harits Asyraf Hasnan
Ogos 26, 2019 13:56 MYT
Ogos 26, 2019 13:56 MYT
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan kononnya beliau bersendirian menghadapi konflik dan krisis dalaman Pakan Harapan (PH).
Menurut Pengerusi PH itu, komponen parti tersebut juga berjaya dalam membuat ketetapan termasuk perkara-perkara yang kritikal.
"Anda boleh lihat saya sama ada jalan bersendiri atau tidak. Saya jalan ke mana-mana. ada orang bersalam dan menunjukkan sokongan mereka.
"Termasuk juga dalam parti. Kalau dilihat pada Kabinet, kita bersama membuat keputusan termasuk isu-isu kritikal," katanya kepada media ketika ditemui di sini hari ini.
Selain mendakwa Dr Mahathir bersendirian, media melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad turut mendakwa PH semakin menuju perpecahan selepas wujud rasa tidak percaya yang ketara dalam kalangan pemimpin parti gabungan itu.
Laporan itu menyebut, lebih memburukkan keadaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa menolak kepimpinan Dr Mahathir dengan menyusun strategi yang kini aktif dilaksanakan.
#Anwar Ibrahim
#DAP
#kabinet
#Lim Kit Siang
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#UMNO
#Zahid Hamidi