'Saya terima tekanan daripada Pejabat Perdana Menteri' - Tony Fernandes
Astro Awani
Mei 13, 2018 17:18 MYT
Mei 13, 2018 17:18 MYT
Empat hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Tan Sri Tony Fernandes membuat penjelasan sepenuh hati kepada umum dengan menyatakan kekesalannya ‘tunduk pada situasi pada waktu yang genting’.
Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu menerusi akaun Facebook peribadinya, pada Ahad telah memuat naik video yang menjelaskan sebab dia mengeluarkan kenyataan yang menyokong Barisan Nasional (BN) secara tiba-tiba.
“Tiada alasan lain, namun saya akan memberitahu anda apa yang saya rasakan ketika membuat keputusan itu (menyokong BN).
“AirAsia adalah sebuah industri penerbangan yang tertakluk pada undang-undang. Apa saja yang kita lakukan memerlukan kelulusan kerajaan. Daripada penerbangan, ke cukai lapangan terbang, hinggalah ke laluan udara,” jelas Tony.
#AirAsia
#Barisan Nasional
#Kenyataan
#pejabat perdana menteri
#penerbangan
#politik
#Tony Fernandes