Saya tak minta pun tapi saya akan buktikan pada yang mengecam saya - Vivy Yusof

Gempak
Jun 3, 2019 10:00 MYT
Vivy mencipta sejarah tersendiri apabila bergelar ahli lembaga pengarah termuda UiTM. - Foto Instagram/@vivyyusof
PENGASAS Fashion Valet dan Duck Group, Datin Vivy Yusof menganggap pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai satu amanah.
Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 32 tahun, berkata, pemilihannya mewakili suara muda dalam menaikkan prestasi dan kualiti institusi pengajian tinggi itu.
“Walaupun ramai yang mengkritik, ia membuatkan semangat saya semakin membara.
“Hanya sebab saya muda, I’m not from UiTM, doesn’t mean I cannot give good value," ujarnya ketika ditemui di majlis Rise of The dUCk pada Jumaat.
Jelasnya lagi, dia tidak meminta untuk diberikan jawatan tinggi tersebut.
BACA: Vivy Yusof dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM
Ada juga netizen yang menuduh dia membayar sejumlah wang untuk berada di kedudukan ini.
“This is a big job, big role. Saya sahut tanggungjawab ini dan akan buktikan pada yang mengecam, saya mampu memberikan impak positif pada institusi ini," jelasnya lagi.
Apabila ditanya, bagaimanakah dia akan membahagikan masa bergelar ahli lembaga pengarah, menguruskan Fashion Valet dan bergelar seorang ibu, Vivy memberikan jawapan yang melucukan.
“Saya tak tidur malam lah lepas ni," katanya sambil ketawa.
Terdahulu, Vivy mencipta sejarah tersendiri apabila bergelar ahli lembaga pengarah termuda UiTM, hasil perlantikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
#Duck Group #Lembaga Pengarah #UiTM #Vivy Yusof
;