'Saya tak kuat dah! Ibu dan abang meninggal kerana COVID-19, kakak pula koma'

Mingguan Wanita
Ogos 3, 2021 07:25 MYT
Ayien amat berduka di atas kehilangan insan tercinta. -Twitter Ayien
ALLAHU... berat sungguh ujian anak lelaki bernama Ayien ini.
Diuji kehilangan ibu meninggal dunia disebabkan COVID-19 tahap 5.
Tiga hari kemudian, abangnya pula menghembuskan nafas terakhir juga kerana COVID-19.
Maklum Ayien, seluruh ahli keluarganya di kampung dekat Kampung Dusun Muda, Tapah positif COVID-19.
Cuma ibu dan abang yang tidak dapat diselamatkan.
Manakala, kakaknya sedang koma dan dimaklumkan keadaannya semakin kritikal.
Ayahnya sudah pun sembuh.
“Sekarang dah potong gelang,” kongsi Ayien.
Dalam video yang tular itu, sebak sekali keadaan Ayien yang berduka di atas kehilangan insan tercinta.
I lost my dear mom yesterday. While my sister still coma, abang pagi ni dikomakan, my uncle still warded.
"Berat sungguh ujian ni."

Ibu saya yang tercinta telah meninggal 29 Julai akibat covid stage 5, abg pulak meninggal semalam 1 Ogos juga disebabkan covid stage 5. Harini mendapat perkhabaran kakak sy yang sedang koma, keadaan semakin kritikal. Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya xkuat dah pic.twitter.com/GUbnAnyJ2M

— Ayien© (@yein654) August 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ibu saya yang tercinta telah meninggal 29 Julai akibat COVID stage 5, abang pulak meninggal semalam 1 Ogos (ketika status dimuat naik pada 2 Ogos) juga disebabkan COVID stage 5.
"Hari ni mendapat perkhabaran kakak saya yang sedang koma, keadaan semakin kritikal.
"Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya tak kuat dah.”
Dalam pada itu, Ayien tidak menyangka video yang dikongsikan itu akan menjadi tular.
“Allah, tak sangka. Ramai yang mendoakan. Semoga ada keajaiban untuk kakak saya.
"Semoga ada doa-doa yang termakbul mendoakan kesembuhan kakak.
"Terima kasih banyak-banyak.”
Sungguh, COVID-19 ini begitu menguji kekuatan hati sesiapa pun yang teruji.
Sumber/Foto : twitter Ayien
Artikel asal di Mingguan Wanita
#ibu meninggal #COVID-19 #Ayien #stage 5 #stage 4 #koma #kritika #Kampung Dusun Muda #Tapah #seluruh ahli keluarga dijangkiti
;