'Saya sudah hubungi Azmin' - Anwar Ibrahim
Astro Awani
Jun 12, 2019 20:07 MYT
Jun 12, 2019 20:07 MYT
Anwar ditemui pemberita sebelum Mesyuarat Biro Politik PKR bermula di ibu pejabat PKR petang ini, bagaimanapun tidak mahu mendedahkan inti pati perbincangan di antara mereka berdua. - Gambar fail
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sudah menghubungi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung isu klip video yang tular di media sosial semalam.
Anwar ditemui pemberita sebelum Mesyuarat Biro Politik PKR bermula di ibu pejabat PKR petang ini, bagaimanapun tidak mahu mendedahkan inti pati perbincangan di antara mereka berdua.
"Saya ada hubungi Mohamed Azmin melalui panggilan telefon dan berbual dengan beliau berhubung perkara berkenaan," katanya ringkas.
Mohamed Azmin hari ini menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau dalam video lucah yang tular sejak Selasa.
Dalam satu kenyataan media pada Rabu, Azmin menegaskan tuduhan yang dibuat oleh individu bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz merupakan komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian beliau.
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#ekonomi
#klip video
#media sosial
#menteri
#Mesyuarat Biro Politik PKR
#politik
#video lucah