Saya percaya hukum Allah, tapi hanya pemerintah adil boleh laksanakannya - Anwar

Astro Awani
April 16, 2014 15:37 MYT
Undang-undang syariah Islam yang terkandung hukum hudud hanya boleh dilaksanakan jika negara diterajui pemerintah yang adil dan mengikut prinsip Islam, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru beliau kekal dengan pendiriannya yang mahu isu tatakelola diselesaikan terlebih dahulu sebelum undang-undang syariah Islam dilaksanakan.
Dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Anwar berkata Pakatan Rakyat perlu bersama membuat kembali deklarasi berkenaan isu hudud di negara ini.
"Apa keutamaannya, keamanan, keadilan dan kebajikan rakyat harus diberikan keutamaan.
"Saya menjemput PAS datang membincangkan secara penuh isu ini. Seluruh pemimpin Pakatan perlu membahaskan perkara ini," Anwar dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.
#Anwar Ibrahim #hudud #Pakatan Rakyat #PAS #undang-undang syariah Islam
;