Saya orang miskin, saya tidak ada apa-apa untuk isytihar - Mohamaddin

Dania Zainuddin
Disember 10, 2018 16:55 MYT
MOHAMADDIN: Setakat ini, saya tidak ada apa-apa untuk diisytiharkan. -Gambar fail
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi menegaskan beliau tidak memiliki sebarang harta untuk diisytihar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau yang ditemui di lobi Parlimen hari ini menyifatkan keadaannya yang miskin dan tidak memiliki apa-apa harta punca tidak membuat pengisytiharan tersebut
“Setakat ini, saya tidak ada apa-apa untuk diisytiharkan. Saya orang miskin,” kata Ahli Parlimen Silam (PH-Warisan) itu.
Sebelum ini, SPRM mendedahkan, 13 Ahli Parlimen kerajaan masih lagi belum melakukan pengisytiharan harta setakat Jumaat lalu.
BACA: Saya tidak memiliki harta untuk diisytihar - Waytha Moorthy
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Bahrin Mohd Jamil berkata, pada masa sama, 24 setiausaha politik dilaporkan tidak melakukan perkara sama.
#Ahli Parlimen Silam #Parlimen #Shamsun Bahrin #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
;