Saya masih memegang amanah sebagai Menteri Besar - Mohd Shukri

Bernama
Ogos 13, 2024 15:21 MYT
Mohd Shukri Ramli berkata beliau masih Menteri Besar Perlis dan menjalankan tugasnya seperti biasa. - Gambar fail/BERNAMA
KANGAR: Mohd Shukri Ramli berkata beliau masih Menteri Besar Perlis dan menjalankan tugasnya seperti biasa.
Menteri Besar Perlis itu berkata beliau enggan melayan sebarang isu yang hanya bersumberkan media sosial seperti laman X.
"Saya tidak mahu layan isu yang bersumberkan Twitter (kini X) sahaja. Saya masih memegang amanah sebagai Menteri Besar dan melaksanakan tugas seperti biasa," katanya ringkas kepada Bernama malam ini.
Mohd Shukri mengulas hantaran seorang pengguna X yang mendakwa beliau 'diarahkan' untuk letak jawatan.
-- BERNAMA
#Mohd Shukri Ramli #Menteri Besar Perlis #media sosial #Amanah