'Saya mampu buat lebih baik' - Ng Yan Yee

Bernama
Oktober 23, 2016 10:26 MYT
Penerjun negara Ng Yan Yee ketika beraksi dalam acara akhir terjun tiga meter papan anjal di Maria Lenk Aquatics Centre pada Sukan Olimpik Rio 2016 hari ini. Dia hanya menduduki tempat ke 10 dengan catatan mata 306.60. - fotoBERNAMA
Ng Yan Yee yang memenangi pingat emas dalam final papan anjal wanita 3m pada Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2016 pada Sabtu, berkata beliau masih boleh meningkatkan lagi prestasinya.
Penerjun negara yang merupakan finalis dalam acara sama di Sukan Olimpik Rio berterima kasih kepada jurulatihnya, Yang Zhuliang kerana membantunya memenangi pingat emas.
"Saya bertuah untuk memenangi pingat emas hari ini biarpun hanya berlatih selama sebulan untuk kejohanan ini.
BACA: Kejohanan Grand Prix Terjun FINA: Ng Yan Yee sumbang pingat emas pertama
"Selepas Sukan Olimpik, saya menumpukan perhatian kepada pelajaran saya. Prestasi saya di Rio lebih baik. Saya boleh lakukan dengan lebih baik," katanya di Pusat Akuatik Sarawak.
Pingat yang dimenangi Ng itu adalah yang pertama baginya dalam acara individu dan beliau sebelum ini memenangi acara campuran, termasuk pingat emas.
Beliau masih belum memutuskan sama ada untuk menyertai Siri Dunia di Beijing dan Dubai tahun hadapan. - BERNAMA
#ng yan yee #Rio #Sukan Olimpik #terjun siri dunia FINA 2016
;