'Saya ke Abu Dhabi untuk urusan rasmi, bukan saja-saja nak pergi' - Tengku Zafrul

Astro Awani
Disember 6, 2022 17:21 MYT
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di Qatar seperti yang tular dalam media sosial sejak Isnin. - Sumber foto JAPEN
KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai isu ketidakhadiran beliau pada Mesyuarat Khas Kabinet pada Isnin menerusi satu video yang dimuat naik di Twitternya hari ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu merupakan satu-satunya menteri yang tidak hadir pada Mesyuarat Khas Kabinet kali pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Isnin.
Dalam video berdurasi dua minit enam saat itu, beliau turut menafikan menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di Qatar seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam.
Beliau memberitahu, keberadaan beliau di Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah bagi menyaksikan pemeteraian kerjasama antara Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).
"Baru saja angkat sumpah jadi menteri, terus keluar macam-macam fitnah dan fake news. Kononnya saya ponteng mesyuarat jemaah menteri untuk tengok menonton Piala Dunia di Qatar. Pertamanya, saya pergi Abu Dhabi (di UAE), bukan Qatar. Abu Dhabi tiada World Cup.

Mana ada saya pergi Qatar tengok World Cup. Hanya di Abu Dhabi sebagai salah satu wakil Malaysia di Majlis Permeteraian Perjanjian antara Petronas & ADNOC Mohon Twitterjaya jangan mudah terpengaruh dengan fake news ye! pic.twitter.com/q6ZTqvjAiW

— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) December 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keduanya, saya pergi ke Abu Dhabi untuk urusan rasmi, bukan saja-saja nak pergi. Tak dapat hadir Mesyuarat Jemaah Menteri bukan macam ponteng kelas. Rasa tak nak pergi, tak pergi. Mana-mana Menteri yang nak ke luar negeri perlu dapat kebenaran Perdana Menteri (PM) dulu, kalau PM tak lulus, tak boleh pergi," katanya dalam Twitter di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut Tengku Zafrul berkata, kerjasama bersejarah bagi Malaysia dan UAE itu bagi meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 yang meliputi kawasan konsesi 2,000 kilometer persegi di wilayah Al Dhafra.
"Kita semua bangga dengan pencapaian Petronas di peringkat antarabangsa. Penjanjian ini akan mempelbagaikan sumber petronas dan pastinya akan mengukuhkan status mereka sebagai salah sebuah syarikat tenaga terkemuka di dunia.
"InsyaAllah saya akan kembali ke Malaysia untuk memberi taklimat mengenai perjanjian ini serta membentangkan perkara-perkara lain semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini," tambahnya lagi,
Lawatan YDPA Ke UAE | Saksikan MoU antara PETRONAS dengan ADNOC
Dengan termeterainya perjanjian itu, beliau yakin syarikat Malaysia dapat mampu menunjukkan keupayaan di peringkat antarabangsa.
Antara yang hadir menyaksikan detik bersejarah itu adalah Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE Dr Sultan Ahmed Al Jaber merangkap Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADNOC dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz #Piala Dunia #bola sepak #Qatar
;