Umumn tahu pencarian pesawat Malaysia Airline MH370 yang hilang membabitkan lebih 11 kerajaan serta syarikat teknologi Amerika Syarikat Ocean Infinity.
Namun, lain pula cerita bagi Blaine Alan Gibson, 61 tahun, dari Carolina, Amerika Syarikat ini.
Sehingga kini, dia mengakui telah menghabiskan ribuan dolar Amerika semata-mata untuk mencari petunjuk tentang kehilangan pesawat berkenaan.
Semua pengorbanan itu bermula selepas tahun pertama peringatan insiden kehilangan MH370, apabila dia tersentuh dengan ucapan salah seorang waris yang mengharapkan keluarganya di dalam pesawat itu masih hidup.
"Saya memang buat perkara ini secara sukarela sejak tahun pertama kehilangan MH370. Masa itu saya sangat terkesan dengan ucapan salah seorang waris keluarga mangsa mengenai ibunya.
"Saya agak terkejut apabila mengetahui tiada pencarian dibuat di sepanjang pantai dan daratan. Sebaliknya pencarian dasar laut dibuat hingga menelan kos yang sangat tinggi," jelas Gibson.
Sejak itu, hatinya tergerak untuk cuba mencari maklumat di beberapa lokasi yang berkaitan.
"Saya ke Mozambique dan bertanya kepada nelayan di situ, ke manakah serpihan kapal terbang akan dibawa arus jika berhampiran laut ini? Kemudian mereka (nelayan) telah membawa saya ke kawasan timbunan pasir di mana mereka meletakkan jaring untuk menangkap ikan di Lautan Hindi.
"Kemudian saya upah kapten dan pemilik bot tempatan untuk cari serpihan MH370. Ternyata, pencarian itu membuahkan hasil bila saya terjumpa serpihan pertama iaitu panel yang tertulis 'No Step' dan satu lagi serpihan dipercayai milik MH370," ujarnya.
Rungkai misteri
Terkejut dengan penemuan itu, beliau tidak menoleh lagi ke belakang, sebaliknya nekad untuk terus merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut.
"Saya tidak pernah buat perkara macam ini. Saya suka berjalan dan terokai dunia. Saya juga suka menyelesaikan perkara misteri seperti arkeologi dan meteor. Ini pertama kali saya cuba membantu menyelesaikan insiden membabitkan penerbangan awam.
"Kemudian, saya pergi ke Madagascar selepas berunding dengan pakar oseanografi dan nelayan tempatan di kawasan itu. Saya berjaya temui beberapa serpihan kecil dipercayai milik MH370. Antara yang saya jumpa adalah serpihan kecil kabin, gear mendarat, serpihan pintu dan ekor pesawat," jelas Gibson.
Tambahnya, bukan dia seorang sahaja yang melakukan siasatan sendiri. Sebaliknya 15 orang awam turut menemui serpihan kecil kapal terbang dipercayai milik MH370.
Hingga ke timur Afrika
Gibson turut mengulas mengenai penamatan usaha pencarian oleh Kerajaan Malaysia pada Mei 2018 selepas pencarian seluas 112,000 kilometer per segi di Lautan Hindi oleh Ocean Infinity.
Dia bertekad untuk meneruskan pencariannya sendiri di timur Afrika jika tiada pihak berkuasa yang tampil bagi tujuan itu.
"Saya terkejut apabila tiada sesiapa yang mengambil berat akan hal ini. Contohnya di pantai timur Afrika, jika tiada sesiapa pergi dan buat pencarian, saya akan ke sana dan cari dan gunakan wang sendiri.
"Tidak susah. (Cuma) pergi ke pantai dan bertanya kepada orang tempatan. Berjalan di sepanjang pantai dan jika ada serpihan, anda akan jumpa," jelasnya kepada Astro AWANI.
Gibson berkongsi pengalamannya kepada media selepas menghadiri Majlis Peringatan 5 Tahun Kehilangan Pesawat MH370 di ibu negara pada Ahad.
Fareez Azman
Mon Mar 04 2019

Gibson tidak putus asa mencari serpihan pesawat MH370 bagi membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu. - Astro AWANI/Fareez Azman
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Jasad anggota tentera pengaman PBB dihantar pulang ke Afrika Selatan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa sekali lagi menekankan gesaan untuk segera melakukan gencatan senjata.

Afrika Selatan harap Trump lawat negara itu menjelang Sidang Kemuncak G20
Afrika Selatan berharap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat negara itu tahun ini sempena Sidang Kemuncak G20.

Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.

Cucu Mandela ditahan berhubung kes rampas kereta, miliki senjata api
Polis dari unit tindak balas taktikal JMPD menerima maklumat mengenai lokasi sebuah kenderaan yang dirampas daripada syarikat penjejak kereta.

7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.

Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Dokumen tersebut mengandungi lebih 750 halaman bukti yang disokong ekshibit serta lampiran lebih 4,000 halaman.

Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.

Aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia
Bekas aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia pada Jumaat.