"Saya bangga, dia penembak terbaik" - AR Badul mengenang pemergian anaknya
Fareez Azman
September 4, 2019 13:55 MYT
September 4, 2019 13:55 MYT
AYAH mana yang tidak bangga apabila anaknya memilih untuk menjadi wira mempertahankan negara.
Demikian perasaan yang terbuku di benak fikiran seniman veteran, AR Badul ketika bercerita mengenai minat mendalam anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya yang kembali ke rahmahtullah ketika sedang bertugas.
Sekalipun hiba mengenang Mohd Zahir yang gugur ketika menjalani latihan, namun, Badul reda dengan ketentuan Allah.
"Dia adalah seorang anak dari keluarga seni yang pergi (menyertai) ke bidang ketenteraan.
"Saya rasa bangga (pencapaian Allahyarham Mohd Zahir). Saya tidak mimpi anak saya jadi tentera, jadi komando dapat jadi kapten... baru naik jadi mejar.
"Dia penembak terbaik darat dan udara semua dia buat. Bukan senang semua ada kemampuan macam itu, kita bangga tetapi bila kehendak Allah macam ini kita reda apa lagi nak cakap," ujar pelakon tersohor itu lagi dalam temu bual dengan Astro AWANI.
Kata Badul, pemergian Mohd Zahir ke rahmatullah ketika bertugas adalah tanda pengorbanan seorang tentera yang sanggup berkorban demi negara dan bangsa.
"Kita kadang-kadang (kerjaya tentera) tidak ambil pandang langsung. Sama macam kejadian berlaku (ada yang) kata tentera suruh pergi buat kerja ladang semua.
"Kegunaan dan tanggungjawab tentera besar dia boleh apa sahaja untuk negara dan bangsa," ujar seniman itu lagi.
Sementara itu, Badul berkata, jenazah dijangka tiba di Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur kira kira jam 9 malam dari Kota Kinabalu sebelum dibawa ke Ipoh untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Tambun, Ipoh, Perak.
#anak
#anak AR Badul
#AR Badul
#ATM
#Bangga
#insiden
#Ipoh
#jenazah
#Ketenteraan
#komando
#Kuala Lumpur
#maut
#Mejar Mohd Zahir Armaya
#meninggal dunia
#minat
#Mohamad Sabu
#Mohd Zahir Armaya
#takziah
#Tambun
#tembak