Satu undi untuk BN satu undi untuk masa depan
Astro Awani
Januari 6, 2013 09:22 MYT
Januari 6, 2013 09:22 MYT
Satu undi untuk Barisan Nasional (BN) bererti "satu undi untuk masa depan”.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat membuat pilihan tepat dan tidak terpedaya dengan slogan dibawa pembangkang.
Tegas Perdana Menteri kesilapan membuat pilihan mungkin akan membawa kepada kekecewaan.
“Rakyat bertambah yakin dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional, rakyat sudah faham bahawa satu undi untuk Barisan Nasional adalah satu undi untuk masa depan yang lebih baik dan terjamin. Rakyat juga faham bahawa satu undi untuk pembangkang bahawa satu undi untuk masa depan yang tidak menentu dan mungkin ke arah merugikan masa depan kita bersama.”
Najib juga optimis optimis rakyat tidak akan memperjudikan masa depan kepada pihak pembangkang.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Minum Petang bersama Pemimpin Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, Kuantan.
Pada majlis sama, Najib turut menyampaikan sumbangan wang ehsan kepada lima penduduk terjejas banjir dari DUN Pulau Manis.