Satu soalan untuk Obama

Astro Awani
April 26, 2014 11:16 MYT
Hari ini, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama akan tiba di Kuala Lumpur untuk lawatan rasminya selama tiga hari ke Malaysia.
Di Malaysia, Obama akan diberikan sambutan negara di bangunan Parlimen, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, diraikan dalam satu jamuan negara di Istana Negara, melawat Masjid Negara dan bertemu pemimpin muda ASEAN di Universiti Malaya.
Meja digital Astro AWANI mahu mendapatkan reaksi orang ramai mengenai lawatan rasmi tersebut dan sekiranya anda berpeluang untuk bertanya satu soalan kepada #Obama, apa yang ingin anda tanyakan? Sertakan #Obama1Soalan.
##Obama1Soalan #Amerika Syarikat #Barack Obama #Malaysia
;