'Satu pengajaran untuk menjadi masyarakat sivil baik'
Astro Awani
Januari 12, 2013 19:17 MYT
Januari 12, 2013 19:17 MYT
Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran pakatan pembangkang di Stadium Merdeka pada Sabtu berjalan dengan lancar, seperti dijanjikan oleh Polis DiRaja Malaysia.
Polis mengotakan janji tidak menutup jalan atau mengenakan sekatan jalan raya serta tidak pula menempatkan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Perhimpunan tanpa insiden ini juga berlangsung dengan lancar dengan kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.
Pihak penganjur juga menempatkan petugas mereka untuk membantu pihak berkuasa mengawal kelancaran perjalanan perhimpunan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan perhimpunan pada Sabtu itu harus jadi satu pengajaran kepada semua pihak untuk menjadi sebuah masyarakat sivil yang baik.
Ikuti wawancara penuh Astro Awani bersama beliau.