Satu pasukan khas siasat cubaan bunuh Pengerusi MyWatch ditubuhkan

Astro Awani
Julai 30, 2013 11:15 MYT
Satu pasukan khas diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah telah memulakan siasatan dalam satu cubaan membunuh Pengerusi MyWatch R.Sri Sanjeevan.
Pasukan itu turut melibatkan beberapa pegawai dari Bukit Aman dan Negeri Sembilan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa pasukan tersebut akan menyiasat kes berkenaan dengan teliti.
Menurut Ahmad Zahid, kementerian memandang serius kes tersebut kerana Sanjeevan terlibat secara aktif dalam membangkitkan isu-isu berkaitan jenayah pada masa lalu.
Katanya, keutamaan polis adalah untuk mencari dalang di sebalik cubaan membunuh itu dan menyiasat motif kejadian.
Kilk video untuk laporan lengkap Astro Awani.
#Jabatan Siasatan Jenayah #pengerusi mywatch
;