Satu lokasi baharu di Tumpat, Kelantan dikenal pasti positif virus selesema burung (H5N1), menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata setakat ini, jumlah keseluruhan kawasan yang disahkan positif H5N1 adalah sebanyak 36 lokasi melibatkan 51 premis di negeri itu.
Bagaimanapun, menurut jabatan itu, penemuan lokasi baharu di Tumpat masih di dalam zon jangkitan.
Secara keseluruhan, sehingga semalam operasi pelupusan telah selesai dijalankan di 29 lokasi dan masih diteruskan di lokasi lain.
"Jumlah pelupusan adalah 55,343 ekor ternakan unggas dan 16,693 biji telur," menurut jabatan itu.
Bagi operasi Sekatan Jalan Raya, sebanyak 2,736 kenderaan telah diperiksa dengan 25 rampasan melibatkan 137 ekor unggas.
"Pasukan petugas pelupusan telah digerakkan dengan segera untuk menangkap dan melupuskan semua unggas dalam 1 kilometer (km) radius dari setiap lokasi yang dikesan penyakit.
"Ternakan unggas yang dilupuskan tidak bermaksud ternakan tersebut berpenyakit tetapi ianya perlu dilupuskan bagi membentuk 'buffer' bagi mengelak daripada merebak," menurut jabatan itu lagi.
Menurut jabatan itu, tiada ladang ternakan ayam komersial dalam 10km radius kawasan pengesanan penyakit.
Wabak itu kini dikawal dalam radius 30km dari Kampung Pulau Tebu, Kelantan yang melibatkan enam jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Putih, Tumpat, Tanah Merah dan Bachok.
"Keadaan adalah terkawal dan terhad kepada kawasan yang dijangkiti yang melibatkan ayam kampung daripada penternak kecil-kecilan sahaja," menurut jabatan itu.
Setakat ini, tiada kes jangkitan dikesan dalam kalangan manusia.
Pada 6 Mac lepas, kes H5N1 dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu, Kelantan, apabila beberapa ekor ayam kampung yang mati, disahkan positif virus berkenaan.
Kerajaan negeri Kelantan kemudian mengisytiharkan wabak berkenaan sebagai bencana negeri berikutan wabak itu merebak di dua lagi jajahan iaitu Bachok dan Pasir Puteh. -- Bernama
Bernama
Wed Mar 29 2017
Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, tiada ladang ternakan ayam komersial dalam 10km radius kawasan pengesanan penyakit terbabit. - Gambar hiasan
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Virus selesema burung dikesan dalam susu mentah di California
Pegawai kesihatan awam di negeri California, barat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Ahad bahawa virus selesema burung dikesan dalam sampel susu mentah yang dijual secara runcit, yang dihasilkan
Budak perempuan di Kemboja dijangkiti selesema burung, 7 kes disahkan setakat ini
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selesema burung H5N1.
Virus selesema burung landa Antartika, penguin terjejas
Penyakit itu mula dikesan di tanah besar benua beku itu bulan lalu dan sejak itu dikesan dalam populasi burung penguin dan kormoran.
Selesema burung: Risiko kepada manusia rendah, tapi perlu bersedia - WHO
Terdapat laporan baru-baru ini mengenai jangkitan kepada cerpelai, memerang dan anjing laut.
50,000 ayam dimusnahkan di Denmark akibat wabak selesema burung
Kira-kira 50,000 ekor ayam perlu dimusnahkan susulan penularan baharu virus selesema burung di sebuah ladang di barat Denmark, menurut kenyataan Kementerian Makanan, Pertanian dan Perikanan negara itu
Selesema burung: 37,000 unggas dihapus untuk cegah penularan wabak
Peru mengisytiharkan darurat kesihatan kebangsaan selama 90 hari kelmarin selepas mengesahkan kes selesema burung H5N1 .
Perancis kesan selesema burung di ladang itik
Wabak dikesan di ladang itik yang terletak di Saint-Nizier-le-Desert, lapor Le Figaro, memetik jabatan wilayah Ain.
Trivia: 5 wabak ini pernah mengancam nyawa rakyat Malaysia
Penularan wabak penyakit semestinya menakutkan populasi dunia. Lebih-lebih lagi jika ia muncul secara tiba-tiba dan tiada vaksin dapat mencegahnya.
Tiada haiwan hidup, produk diimport dari Shaoyang, China
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, China telah mengambil tindakan untuk mengawal penyakit H5N1.
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 2 Februari 2020.