KUALA LUMPUR : Satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 6 November sehingga 19 November 2021.

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad, lokaliti tersebut adalah Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1 di Lipis.

Ujarnya menerusi satu kenyataan pada Khamis, keputusan itu diambil setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKPD berkenaan adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya.

Beliau dalam masa sama turut mengesahkan tiada pelanjutan dan penamatan PKPD diumumkan pada hari ini.

 
Sumber Facebook MKNJPM