Satu kluster tamat di Sarawak, ini lima perkara penting kenyataan media JPBNS
Syafik Shukri Jalil
Julai 22, 2020 16:48 MYT
Julai 22, 2020 16:48 MYT
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan bahawa kluster tapak pembinaan diisytiharkan tamat.
Ia selepas kluster ini tidak merekodkan sebarang kes positif terbaharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari dan kes terakhir melibatkan kluster ini adalah pada 24 Jun 2020 melibatkan kes ke-570.
Malah kes ke-570 ini juga dilaporkan telah pulih dan discaj pada 6 Julai 2020.
Berikut merupakan lima perkara penting menerusi kenyataan media yang dikeluarkan JPBN Sarawak hari ini.
1) Sarawak merekodkan sembilan kes positif COVID-19 terbaharu dan kesemua kes dilaporkan di Kuching.
2) Dua kes diklasifikasikan sebagai kes import melibatkan warga tempatan yang baru tiba dari Korea Selatan dan kes kedua melibatkan warga tempatan yang pulang dari Rusia.
3) Empat kes baru melibatkan pengesanan kontak daripada kluster-kluster aktif melibatkan satu kes daripada kluster Sentosa dan tiga kes daripada kluster Pasar Stutong.
4) Satu kes dikesan menerusi saringan rawak guru yang balik bercuti, dan dua kes lagi dikesan menerusi saringan kontak rapat dengan kes ke-587 dan kes ke-574.
5) Setakat ini, Sarawak masih merekodkan tujuh kluster COVID-19 yang masih aktif.
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#JPBNS
#kes positif
#kluster aktif
#kluster tamat
#kluster tapak pembinaan
#Kuching
#Sarawak