Satu kes positif dikesan di Parlimen semalam - Speaker Dewan Rakyat

Hasimi Muhamad
September 23, 2021 10:10 MYT
Azhar berkata, kes tersebut melibatkan pegawai polis bantuan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Satu kes positif dikesan di Parlimen selepas saringan pantas (RTK) antigen menggunakan air liur dilaksanakan pada Rabu (semalam).
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, kes tersebut melibatkan pegawai polis bantuan.
"Ujian RTK saliva yang dijalankan semalam, Rabu kita dapati hanya cuma hanya seorang polis bantuan yang didapati positf COVID-19.
"Tetapi kita bernasib baik dia bekerja sekitar kawasan Parlimen dan tidak ada kontak rapat," katanya di Dewan Rakyat, hari ini,
Sebelum ini, Azhar memaklumkan semua ahli Parlimen, pegawai dan kakitangan yang bertugas di sepanjang sidang Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 perlu menjalani ujian RTK air liur secara berskala setiap Isnin dan Rabu.
#Dewan Rakyat #COVID-19 #Parlimen #Azhar Azizan Harun
;