Satelit Azerspace-1/Africasat-1a berjaya dilancarkan
Astro Awani
Februari 7, 2013 05:43 MYT
Februari 7, 2013 05:43 MYT
Satelit Azerspace-1/Africasat-1a selamat dilancarkan ke orbit dari Pusat Angkasa Eropah di Kourou, French Guyana pukul 5.34 pagi waktu Malaysia.
Pelancaran tersebut disaksikan oleh Pengarah Measat, Tun Mohammed Haniff Omar dan Duta Besar Republik Azerbaijan ke Malaysia, Tahir Karimov dalam satu majlis di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil.
Satelit bernilai AS$300 juta (RM927 juta) itu dibangunkan hasil kerjasama Measat Satellite System Sendirian Berhad dengan syarikat Azercosmos milik Kementerian Komunikasi dan Teknologi Republik Azerbaijan.
Satelit berkenaan akan berlegar di ruang orbit milik Measat manakala operasinya dikawal dari pusat kawalan di Baku, Azerbaijan.
Ia akan menyediakan perkhidmatan komunikasi ke Azerbaijan, Asia Tengah, Eropah dan Afrika.