Sasaran 27,000 pengunjung seminggu - Waterworld

Bernama
Disember 28, 2012 07:45 MYT
Taman tema air, WaterWorld@i-City di Seksyen 7 di sini telah mencapai sasaran kira-kira 27,000 pengunjung seminggu sejak dibuka pada pertengahan November lepas.
Pengarah I-Berhad Monica Ong berkata sambutan yang diberikan sangat menggalakkan dan bersesuaian dengan musim cuti sekolah serta cuti hujung tahun bermula akhir November lepas sehingga menjelang tahun baru 2013.
Beliau berkata jumlah itu adalah kira-kira 30 peratus dari 90,000 pengunjung i-City bagi tempoh seminggu.
"Sambutan yang diberikan sangat baik dan kami beroperasi dengan kapasiti penuh dengan lebih 5,000 pengunjung sehari, terutamanya dengan tarikan permainan 'Tornado Ride' setinggi bangunan tujuh tingkat yang pertama di Asia Tenggara di dalam WaterWorld@i-City," katanya.
Ong berkata melalui perkembangan itu, pihaknya yakin untuk mencapai sasaran pulangan semula modal taman tema itu dalam tempoh dua tahun.
#i city #Monica Ong #pengunjung #Taman Tema Air #Tornado Rid #waterworld
;