Sarjan polis ditemui maut dengan kesan tembakan di leher, dada, kepala

Dewi Nur Harasha Alias
Februari 19, 2023 22:16 MYT
Mayat lelaki berusia 51 tahun yang bertugas di Balai Polis Bayan Lepas, ditemui kira kira jam 3.30 petang tadi. - Gambar/ Astro AWANI
BAYAN LEPAS: Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemukan maut dengan kesan tembakan di leher, dada dan kepala dalam kejadian di belakang Balai Polis Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal dalam kenyataan berkata mayat lelaki berusia 51 tahun yang bertugas di balai berkenaan ditemui kira kira jam 3.30 petang.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui beberapa kesan tembakan pada leher dada serta kepala.
"Turut ditemui sepucuk pistol disisi mangsa. Siasatan kes berkenaan masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian.
"Pihak polis menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan," katanya.
#polis maut #kesan tembakan #balai polis #Bayan Lepas
;