Sarawak tidak mahu 'berputih mata' - Abang Jo

Astro Awani
Mac 22, 2019 18:47 MYT
Sarawak bukan negeri obses yang mahu kawal minyak dan gas miliknya. - Foto fail Bernama
Sarawak bukan sebuah negeri yang obses untuk mengawal sumber alam mereka iaitu minyak dan gas.
Tegas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Sarawak hanya mahu bahagian adil daripada hasil yang diperoleh dari wilayah mereka.
Menurutnya, ia termaktub dalam perjanjian perkongsian keuntungan yang sepatutnya diterima Sarawak.
Selain itu, beliau tidak mahu Sarawak 'berputih mata' serta hanya melihat kemajuan negeri lain sedangkan hasil minyak dan gas diambil dari negeri Bumi Kenyalang itu.
"Kami tidak begitu obses untuk cuba mengawal minyak dan gas, apa yang kami mahu adalah untuk melihat perkembangan minyak dan gas di negeri ini jadi tidak lah kita putih mata melihat orang lain saja," katanya.
#Abang Johari Tun Openg #kawal sumber alam #keuntungan minyak dan gas #minyak dan gas #Sarawak #tidak mahu berputih mata
;