Sarawak tidak gugur tuntutan royalti 20 peratus

Bernama
Oktober 31, 2019 21:10 MYT
September lalu, Sarawak dilaporkan telah mengemukakan formula baharu kepada kerajaan persekutuan mengenai 'perkongsian hasil' dengan Petronas dalam usaha mendapatkan semula kehilangan hasil daripada royalti minyak. - Gambar hiasan
Kerajaan Sarawak tidak menggugurkan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada Petronas.
Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan rundingan dengan kerajaan persekutuan ketika ini berdasarkan kepada tuntutan berkenaan.
"Merujuk kepada artikel yang diterbitkan hari ini (Khamis) di portal berita dalam talian Star dan pelbagai portal lain, menyatakan Sarawak menggugurkan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada kerajaan persekutuan.
"Artikel ini mengelirukan dan berniat menyusahkan," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini.
Portal berita tempatan semalam melaporkan bahawa perunding utama menyatakan Sarawak akan menggugurkan tuntutan royalti sebanyak empat kali ganda yang dibayar oleh syarikat minyak negara Petronas tetapi menuntut perjanjian perkongsian pengeluaran dan perjanjian lain.
BACA: Sarawak kemuka formula baharu 'perkongsian hasil' dengan Petronas
BACA: Royalti 10 telaga minyak dibayar selepas persempadanan perairan negeri selesai - Azmin
BACA: Isu tuntutan cukai eksport minyak dan gas selesai beberapa bulan lagi - Abang Johari
BACA: 20 peratus royalti minyak boleh 'bunuh' Petronas - Tun M
-- BERNAMA
#gugurkan tuntutan #kerajaan Persekutuan #minyak #Pejabat Ketua Menteri #perjanjian perkongsian pengeluaran #perunding #Petronas #royalti #rundingan #Sarawak