Sarawak tarik balik kebenaran dine-in serta-merta

Shafik Ahmad
Julai 13, 2021 09:42 MYT
Keputusan dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko selain menambah baik garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu. - Gambar fail
KUCHING: Kebenaran dine-in di restoran di Sarawak ditarik balik susulan pengesanan kes positif membabitkan varian Delta di negeri itu.
Keputusan dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko selain menambah baik garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) akan mengkaji semula SOP dine-in di premis makanan dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Oleh itu, buat sementara waktu dine-in tidak dibenarkan sehingga Garis Panduan (SOP) terkini dikeluarkan oleh MLGH,” kata kenyataan itu.
BACA: 'Dine-in' dibenarkan di Sarawak bermula 14 Julai
Semalam, Astro AWANI melaporkan ‘dine-in’ di restoran di Sarawak antara aktiviti yang dibenarkan dalam fasa kedua PPN yang berkuat kuasa 14 Julai.
#dine-in Sarawak #dine-in ditarik balik #Varian Delta #JPBN Sarawak