Sarawak secara dasarnya bersetuju dengan cadangan untuk meminda Ordinan Buruh Sarawak bagi memastikan keseragaman pelaksanaan undang-undang di Malaysia.
Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata, persetujuan tersebut dicapai dalam pertemuan beliau bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini pada Khamis.
Malah katanya, Abang Johari telah mencadangkan agar jawatankuasa teknikal bersama dibentuk untuk membincangkan perkara berkaitan undang-undang yang telah dipinda dan juga cadangan pindaan tersebut.
"Ketua Menteri (Abang Johari) telah menyatakan sokongan penuh beliau bahawa jika ia untuk kepentingan dan perlindungan buruh di negara ini ia tidak seharusnya dilengahkan dan tidak seharusnya ada penghalang.
"Semua tindakan ini, yang kami sedang rancang untuk dibincangkan dan akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa teknikal itu nanti. Kami gembira kerana pembentukan jawatankuasa teknikal akan dilakukan secepat mungkin, " katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Abang Johari di sini pada Khamis.
Kulasegaran berkata Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang hadir pada mesyuarat hari ini bersetuju memimpin negeri Sarawak, manakala Kementerian Sumber Manusia akan diketuai Setiausaha Bahagian Dasar Betty Hassan dan menambah bahawa keanggotaan jawatankuasa teknikal itu mungkin akan ada empat orang ahli dari setiap pihak.
Sementara itu Kulasegaran berkata, terdapat sembilan akta yang berkaitan dengan sumber manusia di negara ini yang perlu dipinda sebelum tahun 2020 iaitu, Akta Kerja 1955; Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76); Ordinan Buruh (Sabah Bab 67); Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; Akta Perhubungan Perusahaan 1967; Akta Kesatuan Sekerja 195; dan Akta Standard - Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990.
Sehingga kini katanya, dua akta telah dipinda iaitu Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 telah diluluskan Dewan Rakyat pada 17 Okt dan Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 yang telah dipinda pada tahun 2017.
Beliau berkata pindaan akta-akta berkenaan perlu bagi memastikan keseragaman pelaksanaan undang-undang di Malaysia dalam konteks persediaan mamatuhi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Bernama
Thu Dec 13 2018

Kulasegaran berkata persetujuan tersebut dicapai dalam pertemuan beliau bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. -Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

RM10 juta untuk aplikasi pautan digital hospital di Sarawak - Abang Johari
Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM10 juta untuk memasang aplikasi pautan digital di semua hospital kerajaan di negeri itu.

Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Perdana Menteri berkata, Abang Johari turut mengulangi pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Abang Johari nafi anaknya mahu ambil alih MYAirline
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menafikan laporan sebuah akhbar yang mengaitkan anaknya, Abang Abdillah Izzarim, sebagai bakal pelabur baharu MyAirline Sdn Bhd (MYAirline).

Sarawak komited ke arah ekonomi digital - Abang Jo
Kerajaan negeri komited dalam mencapai matlamat ke arah penggunaan ekonomi digital, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak tawar tapak pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia
Kerajaan Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menawarkan tapak bagi lokasi membangunkan pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia di negeri itu.

Bantuan Aidilfitri, bonus penjawat awam Sarawak hanya pada hujung tahun - Abang Jo
Kerajaan Sarawak hanya akan memberikan bantuan kewangan atau bonus kepada penjawat awam negeri itu pada hujung tahun, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak tunggu lesen untuk mulakan operasi syarikat penerbangan butik
Sarawak sedang menunggu kelulusan lesen daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi membolehkan syarikat penerbangan komersil milik penuh kerajaan negeri itu

Tujuh pos sempadan PGA baharu di Sarawak akan dimuktamad - Acryl Sani
Tujuh lokasi pos kawalan sempadan baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Sarawak serah pada PM tentukan bila PRU15 sesuai diadakan - Abang Johari
Sarawak tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengadakan pilihan raya sekiranya Parlimen dibubarkan, kata Premier Sarawak.

Belawai mampu jadi seperti Hawaii - Premier Sarawak
Belawai, sebuah penempatan pesisiran pantai di bahagian tengah Sarawak boleh dibangunkan sebagai lokasi pelancongan yang dapat menandingi pusat pelancongan luar negara, seperti Hawaii.