Sarawak setuju guna AstraZeneca secara sukarela - Khairy
Astro Awani
Mei 17, 2021 14:49 MYT
Mei 17, 2021 14:49 MYT
PUTRAJAYA: Kerajaan Sarawak bersetuju agar vaksin AstraZeneca digunakan secara sukarela bagi penduduk di negeri itu.
Sehubungan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai kaedah terbaik untuk melaksanakan program itu di Sarawak.
"Sarawak telah bersetuju AstraZeneca digunakan secara sukarela dan kita akan berhubung dengan JKNS bagaimana kaedah yang terbaik untuk melaksanakannya di negeri itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba secara dalam talian pada Isnin.
Selain Sarawak, Khairy turut mengesahkan fasa kedua permohonan AstraZeneca juga akan diperluas ke Johor, Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Tambahnya, hanya warga emas yang berusia 60 tahun ke atas diberi keutamaan untuk pendaftaran yang dibuka bermula 23 hingga 26 Mei ini.
"Perluasan ini adalah konsisten dengan pengesanan zon merah yang direkodkan pada kes harian COVID-19. Ini juga salah satu cara mengekang penularan pandemik ini," katanya.
#AstraZeneca di Sarawak
#Sarawak guna AstraZeneca
#Khairy Jamaluddin
#Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
#Datuk Dr Adham Baba