Sarawak: Satu kluster tamat, ini 5 perkara penting kenyataan JPBNS

Syafik Shukri Jalil
Ogos 22, 2020 09:31 MYT
Satu kes dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dilaporkan pulih dan dibenarkan discaj dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang pulih dan dibenarkan discaj setakat ini adalah 662 kes. FOTO: Astro AWANI
Selepas 28 hari tidak mencatatkan kes baharu COVID-19, kluster Syarikat Pembinaan Kuching diisytiharkan tamat hari ini.
Kes kedua dan terakhir kluster ini dilaporkan pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada 5 Ogos 2020.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak:
1) Jumlah kes positif COVID-19 di Sarawak setakat ini adalah 688 kes.
2) Enam kluster dilaporkan kekal aktif melibatkan 57 kes.
3) Satu kes dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dilaporkan pulih dan dibenarkan discaj dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang pulih dan dibenarkan discaj setakat ini adalah 662 kes atau 96.22 peratus.
4) Tiga kes Person Under Investigation (PUI) baharu dilaporkan dan enam kes masih menunggu ujian makmal.
5) Jumlah kes kematian kekal dengan 19 kes atau 2.77 peratus.
#AWANI Sarawak #COVID-19 #Hospital Umum Sarawak #JPBN Sarawak #Kluster Syarikat Pembinaan #kluster tamat #Kuching #Sarawak