Sarawak: Satu kluster baharu dilaporkan, ini 5 perkara penting kenyataan JPBNS
Syafik Shukri Jalil
Ogos 20, 2020 18:34 MYT
Ogos 20, 2020 18:34 MYT
Kluster Alam diisytiharkan sebagai kluster terbaharu COVID-19 di negeri Sarawak selepas kluster ini merekodkan empat kes positif terbaharu melibatkan empat krew kapal yang terdiri daripada dua warga tempatan dan satu masing-masing warganegara Filipina dan India.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak:
1) Saringan ke atas baki 22 orang krew kapal akan dilakukan dalam masa terdekat termasuk saringan ke atas semua kontak yang berkemungkinan berisiko dijangkiti.
2) Siasatan awal menunjukkan kluster Alam berpunca dari jangkitan luar negara dan kemungkinan dibawa oleh krew yang mendaftar masuk ke atas kapal semasa melakukan persinggahan di pelabuhan antarabangsa.
3) Kluster Stutong yang mencatatkan tujuh kes positif COVID-19 sebelum ini diisytiharkan tamat hari ini.
4) Setakat ini, tujuh kluster dilaporkan aktif melibatkan 59 kes.
5) Satu kes dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dilaporkan pulih dan discaj menjadikan jumlah kes pulih dan discaj meningkat kepada 661 kes atau 96.36 peratus.
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Filipina
#Hospital Umum Sarawak
#India
#jangkitan luar negara
#Jepun
#Pelabuhan Bintulu
#Sarawak