Sarawak Maritime di Sibu, lebihi aras bahaya

Bernama
November 15, 2012 23:44 MYT
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Sarawak Maritime, Sibu, Sarawak berwaspada kerana paras air melebihi paras bahaya iaitu 2.97 meter.
Menurut portal JPS, setakat 10 malam Khamis, Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat di Selangor, Sungai Rembau di Titian Bitangor, Rembau, Negeri Sembilan dan Sungai Bidut, Sibu, Sarawak pula melebihi paras amaran dengan masing-masing mencatatkan 3.85 meter, 6.65 meter dan 3.21 meter.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor mencatatkan penurunan kepada 1,040 orang.
Bilangan mangsa banjir di Melaka, Perak serta Sarawak kekal dengan masing-masing 16, 45 dan lima orang.
#bahaya #banjir #JPS #Majlis Keselamatan Negara #Maratime #Sarawak