Sarawak luluskan dua penerbangan khas buat pelajar ke Sabah
Munirah Mudzamli
Mac 24, 2021 14:10 MYT
Mac 24, 2021 14:10 MYT
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan Kementerian Pengangkutan (MOT) Sarawak meluluskan dua penerbangan khas untuk pelajar dari negeri itu yang melanjutkan pengajian di Sabah.
Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin dalam kenyataannya berkata ia melibatkan penerbangan dari Kuching-Kota Kinabalu dan Miri-Kota Kinabalu.
Untuk itu, pihaknya turut meluluskan permohonan penerbangan pesawat tanpa penumpang oleh Air Asia bagi laluan Kota Kinabalu-Miri, Kota Kinablu-Kuching dan Johor Baharu-Kuching dari 1 hingga 10 April depan.
Selain itu, JPBN dan MOT Sarawak turut membenarkan tambahan penerbangan komersial ke luar Sarawak untuk tempoh sama bagi tiga laluan tersebut.
Kata Kim Shin, sebelum ini JPBN Sarawak telah menerima permintaan daripada pelajar Sarawak yang belajar di Sabah untuk mewujudkan penerbangan khas dari Kuching dan Miri ke Kota Kinabalu.
Permintaan itu telah diusulkan kepada beberapa syarikat penerbangan termasuk Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air dan Maswings untuk mempertimbangkan permintaan para pelajar ini.
Sehubungan itu, kerajaan Sarawak meminta para pelajar menghubungi terus syarikat penerbangan untuk menempah tiket penerbangan agar syarikat yang berkaitan akan memohon penerbangan khas dari JPBN Sarawak ke destinasi yang dinyatakan.
#JPBN Sarawak
#dua penerbangan khas
#pengajian ke Sabah
#Datuk Lee Kim Shin
#Menteri Pengangkutan
#Kota Kinabalu
#Kuching
#Sarawak
#Malaysia Airlines
#penerbangan
#pelajar