Sarawak: Kuching kini zon kuning COVID-19, ini 5 perkara penting kenyataan JPBNS
Syafik Shukri Jalil
Ogos 21, 2020 18:07 MYT
Ogos 21, 2020 18:07 MYT
Kuching kembali diisytihar sebagai zon kuning COVID-19 selepas satu jangkitan baharu tempatan dilaporkan pada Jumaat.
Ini menjadikan Kuching sebagai satu-satunya daerah di negeri itu yang diisytihar sebagai zon kuning manakala 39 daerah lain masih dikategorikan sebagai zon hijau.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak:
1) Setakat ini, tujuh kluster dilaporkan kekal aktif melibatkan 59 kes.
2) Tiada kes baharu dilaporkan bagi kes pulih dan discaj menjadikan angka itu kekal dengan 661 kes atau 96.22 peratus.
3) Tujuh kes masih menerima rawatan di wad isolasi hospital dan jumlah kematian kekal dengan 19 kes atau 2.77 peratus.
4) 17 kes Person Under Investigation (PUI) baharu dilaporkan manakala 14 kes masih menunggu ujian makmal.
5) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan tujuh notis kompaun kerana tidak mematuhi garis panduan dan SOP, melibatkan daerah Padawan (3), Kota Samarahan (2), Sarikei dan Betong (1).
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#JPBN Sarawak
#Kuching
#PDRM
#Person Under Investigation
#Sarawak
#zon hijau
#zon kuning