Sarawak isytihar cuti kelepasan am tambahan pada 9 Mei

Bernama
April 12, 2018 11:17 MYT
Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan Am [Bab 8 (1958)].
Kerajaan negeri Sarawak hari ini mengumumkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan di negeri ini sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Menurut Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan di sini, ia bagi membolehkan rakyat menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi pada hari itu.
"Berikutan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa hari mengundi untuk PRU14 jatuh pada hari Rabu, 9 Mei, kerajaan negeri memutuskan bahawa hari kelepasan am tambahan diisytiharkan di seluruh Sarawak pada hari berkenaan," menurut kenyataan itu.
Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan Am [Bab 8 (1958)], tambahnya.
-- BERNAMA
#cuti umum #kelepasan am #Ketua Menteri #MalaysiaMemilih #mei #mengundi #PRU14 #Sarawak #SPR
;