SIBU: Sambutan Hari kemerdekaan Sarawak pada setiap 22 Julai seharusnya disanjungi kerana tarikh keramat ini pada 1963, menandakan berakhirnya 122 tahun pemerintahan asing dan bermulanya pemerintahan sendiri.
Dan menariknya tahun ini, Sibu diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Sarawak ke-59.
Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang, beliau berasa begitu teruja sebagaimana kebanyakan penduduk tempatan di sini.
"Kita harus meraikan sambutan itu bersama-sama supaya generasi akan datang dapat terus meraikan hari istimewa ini," katanya.
Kata-kata beliau itu sememangnya benar memandangkan Sarawak telah mengalami pelbagai perubahan dan pembangunan terutamanya selepas berakhirnya pemberontakan komunis berikutan penyerahan kalah Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) yang diketuai Ang Cho Teng serta menandatangani perjanjian damai pada 17 Okt 1990.
Christopher berkata kerajaan pemerintah kini, Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyasar untuk membangunkan Sarawak sebagai sebuah negeri maju dengan purata pendapatan isi rumah meningkat kepada RM16,000 sebulan menjelang 2030.
Menurutnya bagi mencapai matlamat itu, semangat kekitaan harus disemai untuk memupuk keharmonian dan perpaduan serta melindungi kepentingan Sarawak.
Bagi Ahli Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Sammy Ngelambai pula, beliau berpendapat untuk membolehkan Sarawak berjaya sebagai sebuah negeri maju, negeri ini perlu melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkebolehan.
"Dengan itu, Sarawak telah mempunyai universiti sendiri. Universiti Teknologi Sarawak (UTS), yang terletak secara strategik di Sibu iaitu wilayah tengah Sarawak dan boleh diakses dari mana-mana bahagian di negeri ini," katanya.
Ternyata melalui kemudahan pembinaan sebuah universiti di sini, ia telah membolehkan lebih ramai pelajar dari kawasan pesisir pantai dan pedalaman khususnya, bakal mempunyai peluang yang lebih baik untuk masa depan yang lebih cerah.
"Selain itu, kerajaan negeri membantu pelajar melalui tajaan Biasiswa Yayasan UTS, Skim Dermasiswa UTS dan Biasiswa Sarjana Muda dan Pasca Siswazah UTS," katanya.
Sammy berkata kerajaan negeri menanggung kos sehingga RM27 juta setahun untuk membolehkan pendidikan mudah diakses dan mampu dimiliki, dan nikmat kemerdekaan ini tidak boleh dipandang remeh.
Seorang lagi ahli MPS, Augustine Merikan berkata pembinaan jalan raya telah membuka banyak peluang kepada masyarakat luar bandar di Sarawak untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi.
Bazar Kapit, Song, Dap dan Kanowit di sepanjang Sungai Rajang adalah kesan limpahan positif pembinaan jalan Sibu-Kapit apabila dapat dilihat kesesakan dan kesukaran mendapatkan ruang pakir walaupun pada hari-hari biasa.
Orang ramai ke sini sama ada untuk menjual hasil ladang di tamu (pasar) atau menikmati sepinggan mee kampua bersama kopi peng (kopi susu).
"Tiada lagi kekangan masa seperti sebelum ini iaitu ketika perkhidmatan bot ekspres merupakan satu-satunya pengangkutan utama ke sini.
"Kemudahan (jalan) ini, membolehkan penduduk mengangkut hasil ladang atau hutan mereka ke Sibu," kata Augustine sambil menambah bahawa orang Iban telah mulai menjalankan perniagaan sebagaimana masyarakat Cina dan juga Melayu/Melanau.
Katanya, sebaik sahaja Lebuh Raya Pan Borneo siap kelak, lebih banyak peluang akan terbentang luas buat rakyat Sarawak bagi menjana pendapatan.
"Banyak perkara telah berubah sejak 22 Julai 1963. Ayuh!, kita bersama-sama menuju 2030. Masa depan yang lebih gemilang menanti kita," katanya dengan penuh semangat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Sibu diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Sarawak ke-59. -Google Maps
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
#Sarawak56: Tidak mudah hidup zaman penjajah - Dayang Zaharah
Kata Dayang Zaharah Awang Md Salleh, kehidupan tidak mudah pada zaman itu apatah lagi pendidikan dan infrastruktur tidak diutamakan penjajah.