Sarawak bersedia dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial

Astro Awani
Mei 11, 2020 16:32 MYT
Keputusan pembukaan tersebut dicapai selepas pihak sekretariat meneliti laporan yang dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawa. Foto- BERNAMA
Sarawak sudah bersedia dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial di negeri itu bermula Selasa.
Menurut Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Dr Sim Kui Hian, kerajaan negeri telah memastikan persediaan mencukupi dilakukan menjelang pembukaan berkenaan.
“Kita membuka sektor ekonomi secara berhati-hati untuk lapan minggu ini dan kita telah membina banyak kapasiti, dari segi pengesanan termasuk yang digital, jadi saya harap anda semua memuat turun jejak digital (aplikasi).
“Kami juga telah meningkatkan kemampuan untuk menguji dan mengeluarkan semua sumber berkaitan dari semua agensi termasuk institusi pengajian tinggi dan Jabatan Perhutanan,” ujar Dr Sim.
BACA: Sarawak benarkan sektor ekonomi beroperasi semula 12 Mei ini
Keputusan pembukaan tersebut dicapai selepas pihak sekretariat meneliti laporan yang dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing.
#AWANI Sarawak #Datuk Dr Sim Kui Hian #Dr Chin Zin Hing #Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak #Kuching #PKPB #Sarawak #sektor ekonomi
;